salam .. lepas balik drpd hatyai.. ni baru la ada masa nak berblog pulak.. hehe..
so search2 dlm youtube.. jumpa jugak klip yg sangat dinanti oleh aku.. iaitu wacana sinar yang baru.. panel hebat2.. sangat matang dan sangat berilmiah.. ( bukan mcm sembang rakyat tu..hehe ).. panel ialah yb lim.. yb saifudin.. yb nurul izzah.. prof abu hassan.. ngan datuk zaid..
klip berdurasi selama 1 jam 45 minit.. sangat2 best dan rasa sekejap saja..
secara peribadi..
kesemua ahli panel boleh dikatakan boleh bersatu padu dalam berpolitik.. maksudnya kesemua ahli panel mempunyai matlamat serta attitude politik yg sama.. cuma maybe nurul izzah tu kena improve sikit cara pemikiran dalam berforum..
yb saifudin ( antara mp bn yg sangat berkualiti ).. mempunyai kesedaran mengenai gelombang pemikiran baru dalam arus politik negara.. disamping penjelasan secara panjang lebar mengenai cara pemikiran baru rakyat malaysia terutama melibatkan pengundi2 muda di negara ini.. sepatutnya lebih ramai mp bn berfikir seperti yb saifudin..
mengenai yb nurul.. yb lim dan datuk zaid mcm biasa.. tetapi still dalam mood pemikiran yg sama.. kesemua ahli panel menyeru kepada cara berpolitik yg matang.. dan prof boleh dilabel sebagai ahli akademik bertaraf negarawan kerana sumbangannya menyumbang idea dan menggalakkan cara pemikiran baru yg byk dipersetujui oleh golongan muda di malaysia..
so mmg rekemen la org yang berfikiran elastik bukan rigid ni menonton klip ni.. beberapa ungkapan atau frasa drpd yb saifudin.. yb lim dan prof abu hassan sgt memberi kesan dlm gaya pemikiran aku..
dalam demokrasi.. hormatilah pandangan org lain walaupun pandangan mereka berbeza.. perbezaan itulah yg mempelbagaikan gaya pemikiran yg menggalakkan pemikiran ke arah yg lebih terbuka dan positif..


