Rabu, 14 Disember 2011

PRU 13 Semakin Dekat...


salam rakyat malaysia..

dah semakin dekat PRU .. ada yang pengundi tegar untuk BN.. ada jugak pengundi tegar untuk PR..

kita ni orang muda.. camna nak pilih.. dah la politik tak ambik port... BN pun mcm2 cerita tak sedap didengar.. PR pun sama.. so camna nak pilih.. apakah kriteria2 yg perlu kita perhalusi sebelum mengundi.. 

tiba-tiba.. ada org cakap.. "alah susah2.. toksah ngundi la.. dok umah diam2.. makan burger ramly pun best" .. kalo rakyat jenih tu.. sah jenih tak pikir masa depan.. ye la.. masa depan negara pun selamber je tak ambik kesah.. kalo bonus tak dpt.. tariff letrik naik.. petrol naik... tau pulak melenting..

so bermula daripada sekarang.. kita kena ada sifat ambik tahu.. alah bukan kena bayaq poun.. free ja.. paling senang baca je paper2 online.. utusan ke.. harakahdaily ke.. malaysiakini ke.. maybank2u ke.. eh silap.. hehe.. pastu masuk forum2.. baca.. timbang.. fikir.. cerna.. 

so mengikut pendapat aku yang elastik bukan rigid ni.. dalam berpolitik.. paling utama kita perlu letak dihadapan adalah NEGARA.. maksudnya apa2 fahaman.. apa2 pun langkah.. apa2 pun tindakan.. apa2 pun peristiwa.. apa2 pun event.. apa2 pun kejadian yg berkaitan dengan politik mestilah yang pertamanya didasari kebaikan untuk NEGARA..



sebab bila ada negara la baru ada politik.. so sifat pertama sekali bila berpolitik.. mestilah bersikap NEGARAWAN.. 

bermaksud.. apa2 cadangan atau tindakan atau langkah atau apa2 je lah.. yang dibuat oleh parti politik.. kerajaan.. ngo.. apa2 je lah.. yang berdasarkan keuntungan kepada negara, rakyat serta masyarakat mesti disokong serta digalakkan tanpa prejudis.. 

so utk golongan muda.. yg tidak ketahuan hendak memilih sapa yg perlu dipangkah.. itulah indicator paling mudah dan terbaik yang boleh dilakukan sendiri secara diy di rumah..


so diharap golongan muda nanti... tidak bersikap kepartian.. tidak bersikap taksub kepada pemimpin dan sentiasa bersedia menerima idea serta konsep politik baru.. kerana KITA ORANG MUDA YANG BERFIKIRAN ELASTIK BUKAN RIGID adalah harapan serta pemangkin kemajuan negara pada masa hadapan.. kita adalah aset...

bila cerita bab aset ni.. takkan otak rigid tu aset kan.. tu semua liabiliti kpd negara.. 



nanti aku sambung lagi post..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan